Sunday 6 January 2013

Encik Suami Mat Salih Celup? 1-3






Bab 1


            Wajah Along yang sudah merah padam menahan marah, kupandang sekilas dan kemudian anak mataku beralih pula pada Angah yang sedang menenangkan Mama yang masih menangis tersedu-sedu. Kini anak mataku beralih arah pada buah epal merah yang kupegang dari tadi dan terus kugigit sedikit epal tersebut. Tawar!

            “Papa, Papa tengoklah anak bongsu Papa ni. Dia buat kita semua kelam-kabut and sekarang ni she’s enjoying her sweet time eating apple !”suara kasar Along kedengaran kuat.

            “Along,kenapa tengking-tengking adik macam tu?” tegas suara Papa kedengaran. Aku masih mengunyah buah epal dengan tenang.

            “Iman dah cuba slow talk dengan Naim tak?” soal Angah, lembut. Berbeza dengan Along, Angah lebih lembut dan tenang perwatakannya. Pantas aku mengangguk sambil mengunyah epal.

            “Kita tengah serius discuss pasal dia, dia sibuk mengunyah buah epal tu,”sindir Along.

            “Irfan!” kali ini suara Papa bertambah keras. Along terus terdiam.

            ‘’Iman, Iman cubalah pujuk Naim tu. Kenduri kahwin korang dah tak lama, tak sampai sebulan pun. Preparations semua dah nak siap,” lirih suara Mama.

Aku mengeluh lagi. Rumah keluargaku ini nyaris-nyaris terbalik sebaik sahaja menerima kunjungan ibu Naim petang semalam yang membawa hajat untuk membatalkan ikatan pertunangan antara aku dan Naim. Terus ingatanku mengimbau apa yang terjadi malam semalam, teringiang-ngiang setiap patah perkataan yang dituturkan oleh Naim.

            “Patutlah dah lama saya perasan yang awak tak serius langsung pasal preparations wedding kita. Rupa-rupanya awak memang nak batalkan terus,” tuturku bersahaja, cuba mengawal perasaan marah yang meluap-luap.

           “Kan saya dah kata yang kita tak serasi. Berapa kali saya nak mention yang saya nak kahwin dengan Dora!” keras suara Naim bersuara.

            ‘Huh! Dora? Doraemon ke? Takpun dorayaki, makanan kegemaran Doraemon’komenku di dalam hati.

            “Sepatutnya awak discuss dengan saya elok-elok, Naim. Dulu kita bertunang dengan cara elok kan? Saya tak tahu apa-apa, suddenly ibu awak datang rumah dan bagitahu awak nak mintak putus tunang,” tambahku tegas.

            “Kau ni, tak faham-faham bahasa ke apa? Kan aku dah cakap aku tak serasi dengan kau, aku tak ada apa-apa lagi perasaan kat kau. Itu pun susah nak faham ke ?’’ jerkah Naim. Aku tersentak diherdik sedemikian rupa. Sedaya upaya, aku cuba menahan air mata daripada mengalir jatuh.

            ‘’Tapi dulu, awak janji macam-macam dengan saya. Awak janji yang awak takkan berubah hati walaupun nama awak akan melonjak naik,” balasku. Sehingga sekarang aku masih ingat janji Naim sebelum dia memulakan penglibatannya dalam bidang modeling.

            “Isy, minah ni! Kau ni memang lembap eh? Itu dulu, ini sekarang. Kau jangan jadi lurus bendul sangat boleh tak ? Eh, aku dah glamour sekarang, nama aku sedang naik. Cuma Dora je yang faham dan serasi dengan aku. Cuma dia aja yang sesuai bergandingan dengan aku,’’

Wajah bongkak Naim kupandang lama, cuba mengumpul semangat yang hilang dari tadi. Kedua-dua belah mata, aku pejam-celikkan untuk menahan air mata daripada gugur.

            ‘’Fine, do as what you want. Pergilah dengan Doraemon awak tu. Cincin dan semua benda saya akan pulangkan pada ibu awak. Tapi sebelum saya pergi,” aku berhenti bercakap dan menarik nafas. Naim memandangku pelik dan kemudiannya jatuh terduduk dengan tumbukan padu yang singgah di perutnya.

            “Jangan menghina orang sesuka hati awak. Kita ni manusia biasa, bila-bila masa Allah boleh tarik segala kemewahan dan kelebihan yang kita miliki hari ini. Assalamualaikum,” aku terus berlalu dengan air mata yang berlumba-lumba turun membasahi pipi. Akhirnya, cinta anak-anak sekolah tidak bertahan jugak.

            “Iman,” suara lembut Mama mengembalikan aku ke alam realiti.

Wajah basah Mama kupandang dengan perasaan yang berbaur. Aku sudah penat menangis, mengadu nasib kepada Allah Yang Maha Kuasa. DIA yang lebih mengetahui.

            “Mama anggap Iman tiada jodoh dengan Naim. Pasti ada lelaki yang lebih baik untuk Iman, insya-Allah,” tutur Mama sambil memelukku erat.

            “Tapi, tarikh wedding Iman dah dekat ni. Kad-kad semua kita dah edarkan, catering dah bayar deposit, banyak benda dah settle. Macam mana ni?” soalku. 

Aku boleh membayangkan betapa Mama dan Papa menanggung malu jika perkahwinanku ini dibatalkan. Pasti akan keluar pelbagai cerita yang pastinya mengandungi pelbagai perasaan.

Suasana sunyi seketika. Papa kelihatan termenung jauh, begitu juga kedua-dua abangku. Aku melepaskan satu keluhan yang berat.


**************************************


Fail-fail berwarna hitam yang tersusun kemas itu kupandang tanpa minat. Niatku untuk meneliti aliran wang tunai bulan lepas kubiarkan. Aku mengeluh lagi. Sesekali aku membuang pandang ke arah Maya and the Gang yang sedang ceria menyusun stok bunga telur di satu sudut.

            “Iman!”

Sergahan yang kuat itu membuatkan aku tersentak. Tuan punya suara itu sudah tersengih mengalahkan kerang busuk!

            “Kau tak reti-reti nak bagi salam? Kerjanya menyergah orang aje,’’ bebelku geram tetapi Firas hanya ketawa dan menarik kerusi untuk duduk di hadapanku.

            ‘’Sorrylah. Kau tau, dari luar butik pengantin kau ni aku dah boleh feel sense of darkness. Seram ! ‘’
 
            ‘’Banyaklah kau punya sense of darkness !’’

            “Ala, aku gurau je lah. Itu pun nak tersentap,’’ usik Firas. 

Teman seuniversiti merangkap kawan baik ketika aku menuntut di Cardiff University dahulu masih tidak berubah. Tiba-tiba ingatanku melayang kepada dua lagi sahabat baik kami di Cardiff dulu, Auni dan Hafiy. Sudah lama juga kami berempat tidak berjumpa. Aku masih ingat lagi gelaran “The Quartet” yang diberi oleh Prof. Smith dahulu kerana kami berempat selalu sahaja ke mana-mana bersama.  

            “Iman, kau okey tak ni?” soal Firas, kali ini riak wajahnya bertukar serius.

            “Aku okeylah. Takkan aku nak meraung pulak kan?” jawabku tenang.

            “Naim tu memang bimbo lah! Kalau aku ada kat situ time kau jumpa mamat tu, dah lebam bijik mata model yang kononnya terhangat di pasaran tu !’’

            ‘’Kau ni, tak ubah-ubah dari dulu. Ikut suka engkau je nak panggil orang bimbo, ‘’ komenku berserta tawa kecil.

            ‘’Bimbo lah, sebab dia buat kau macam ni. Kawan aku ni bukan main comel lagi, dia nak jugak dekat Dorayaki tu,’’

           ‘’Eh, kau ni ! Sekarang ni siapa yang putus tunang ? Aku ke kau ? Kau pulak yang over terlebih eh ?’’ usikku.

            “Kau jangan cakap macam tu. Aku sayang Nadia tu tau. Patutnya, lepas wedding kau, wedding kitorang pulak. Kau dah promise nak sponsor bunga telur kan?” balas Firas.

            “Bila masa pulak aku janji nak sponsor bunga telur wedding kau?” usikku.

            “Kau ni kan! Suka menabur janji palsu. Jangan nak buat-buat nyanyuk pulak, hari tu kau dah janji nak sponsor bunga telur,’’ bebel Faris.

            ‘’ Kalau bab benda free, memang memori kau kuat memanjang. Kau kahwin aku kena sponsor bunga telur. Nanti bila Auni or Hafiy punya turn pulak, mesti diorang tuntut kat aku jugak,”

            “Kitorang kan kawan kau,”

            “Yalah, kawan yang bikin business kawan bankrup!” Firas hanya ketawa senang.

            “Weyh, kau nak aku sponsor 50% wedding kau tak?” soalku tiba-tiba membuatkan kedua-dua belah kening Firas bertaut.

            “Kau jangan main-mainlah, Iman Amani. Hari ni bukan April fool,” jawab Firas.

            “Aku kalau nak prank kau tak payah tunggu April fool, lambat sangat,”

Firas masih memandangku dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya. Aku hanya tersenyum apabila membayangkan reaksi Firas apabila idea di dalam kepalaku ini akan kusuarakan pada lelaki berwajah Chinese look ini.

            “Kau jangan buat evil smile kau tu. Aku rasa seram sejuk tau tak,’’ tutur Firas. aku hanya ketawa kecil memandang telatah Firas yang sudah tidak senang duduk.





Bab 2


            “Apek, tangkap ini budak! Otak dia manyak gilaaa!” Firas sudah menjerit-jerit sambil memanggil Uncle Chong yang kebetulan lalu di luar butik.

Salon rambut Uncle Chong sememangnya terletak bersebelahan dengan butik pengantin milik mama yang kini terletak di bawah jagaanku. Aku sudah tergelak-gelak melihat telatah Firas yang riuh itu. Kan aku dah kata! Mesti mamat ni melatah punya!

            “Kau gelak kenapa? Otak kau memang tercabut fius la!” balas Firas. Dia sudah berdiri sambil bercekak pinggang.

            ‘’Kau la yang kelakar ! Kau menjerit terlolong panggil Uncle Chong tu buat apa ? Bukannya dia boleh tolong apa-apa. Ke kau nak dia jadi pengapit kau nanti ?’’ balasku dalam tawa yang masih bersisa. 

Wajah Firas yang sudah merah padam itu kupandang sekilas.

            ‘’Aku serius ni. Since aku tak jadi kahwin, kau la take over. 50% preparations dah siap. Kau just cover another 50% je,” tambahku, serius.

            “Kau ingat ni presentation macam kat uni dulu ke, cik kak ? Kau blank, aku take over ? Ni kahwinlah!” balas Firas, serius.

            “Yalah, yalah aku tarik balik perkataan ‘take over’ tu. Sensitip la kau ni!” usikku lagi. 

Haih, aku yang putus tunang, tapi aku yang tengah sedap ketawa dan si Firas ni yang tengah tarik muka. 

            ‘’Tapi, aku betul-betul serius, Firas. Membazir kot wedding preparations yang dah siap. Kau memang akan kahwin dengan Nadia kan? Just in this case, tarikhnya diawalkan je,” aku masih tidak berputus asa memujuk Firas.

            “Diawalkan je?”

Erk, mamat ni! Sensitip betul ! Aku ke dia yang tengah frust menonggeng sebab baru lepas putus tunang ?

            “Yalah, awal dua bulan kan? Tolonglah. Kau tak kesian kat aku ke? Dahla kat rumah, Along aku dah blacklist aku. Ni kau pun tak nak tolong aku ke?”

            “Jangan buat muka kesian kau tu,”

            “Eh, aku tak buat muka apa-apa la! Sebenarnya kau yang kesiankan aku kan ? Kau nak tolonglah ni kan ? Kan ?’’

Firas terdiam dan kemudiannya dia mengeluh panjang.

            ‘’Bukan aku tak nak tolong, tapi memang tak boleh. Aku pun kalau boleh nak awalkan wedding kitorang. Banyak dugaan bila bertunang lama-lama ni,” balas Firas sambil tersengih.

            ‘’Gatal !’’

            ‘’But seriously memang tak boleh nak ganti tempat kau. Kitorang ada family matters yang nak kena settlekan, which will take quite some time. Nak awalkan wedding kitorang as early as two months memang susah,”

Giliran aku pula yang terdiam. Otakku sudah membayangkan drama-drama yang bakal tercipta apabila semua orang mengetahui perkahwinanku dibatalkan.

            “Aku ada cadangan lain,” tutur Firas. Aku memandangnya, meminta penjelasan selanjutnya.

           ‘’Apa susah ? Kau carilah pengganti si bimbo tu. Dah ada pengganti, wedding kau berjalan as what you plan,’’

            ‘’Memang bergeliga otak kau ! Kau ingat nak cari pengganti tu macam nak beli stok bunga telur ? Tengok, pilih dan terus beli ?’’ sindirku.

            ‘’Tak boleh ke buat macam tu ?’’ soal Firas sambil tersengih.

            “Eh, siapa kata tak boleh? Boleh, boleh sangat!” Firas ketawa pula.

            “Nanti, aku try tanyakan kawan-kawan kat office aku. If ada yang nak menyahut seruan kahwin, aku kenalkan dekat kau,” tambah Firas lagi.

            “Kau jangan nak buat kerja gila. Aku tak nak sponsor bunga telur kau nanti,” ugutku tetapi Firas hanya ketawa dan terus ketawa.

Tiba-tiba aku terfikir, logik tak kalau aku nak iklankan dalam surat khabar yang aku nak cari suami? Erk, memang jatuh merundun saham aku yang memang dah sedia jatuh ni. Siaplah, kalau lepas ni aku jumpa si Naim tu lagi, memang aku nak tendang dia masuk gol !



****************


Setiap butir bicara mama jelas di pendengaranku tetapi semuanya masuk dan keluar dari kepalaku begitu sahaja.

            ‘’Iman dengar tak apa yang mama cakap ni ?’’ soal mama,lembut.

            ‘’Dengar,mama,’’

            ‘’Apa yang Iman dengar ?’’ soal mama lagi. Aku sudah terdiam. 

Mama cakap apa tadi ? Satu pun aku tak ingat ! Asyik sibuk termenung memikirkan perlu atau tidak aku pujuk Auni atau Hafiy untuk menjadi pengganti majlis perkahwinan ini.

            ‘’Iman janganlah peningkan kepala sorang-sorang. Mama kan ada. Papa, Along dan Angah pun ada,” balas mama lembut. Rambutku diusap mesra.

            ‘Along memang ada. Ada untuk menghamburkan rasa marah dan tidak puas hati. Macam dia yang putus tunang!’ detikku di dalam hati. Cepat-cepat aku beristighfar, membuang rasa kurang enak di dalam hati.

            “Mama dah bincang dengan Auntie Julia. Next week anak dia balik sini, boleh kita bincang lagi,” beritahu mama.

Hah! Auntie Julia? Anak dia nak balik sini? Cerita apa pulak ni? Kepalaku terasa berputar kembali. Belajar taxation kat universiti dulu pun tak rasa berputar macam naik roller coaster.

            ‘’Muka dia blur, mama. Sah, dia tak dengar apa yang mama cakap panjang lebar dalam satu nafas tadi,’’ sampuk Angah. Mentang-mentanglah dia lawyer, semua benda nak kena pastikan sah atau tidak.

            “Bukan tak dengarlah, tapi tak melekat dalam kepala,” jawabku dan pinggangnya kusiku.

            “Angah, pergi main jauh-jauh. Kata esok ada hearing kat court. Yang sibuk bertenggek kat sini kenapa?” balas mama membuatkan kami berdua ketawa besar.

            “Yalah,mama. Angah nak pergi main jauh-jauh la ni,” usik Angah sambil sempat mencium pipi mama sebelum berlalu ke dalam biliknya di tingkat atas.

            “Sorry,mama. Iman tak pay attention sangat dengan apa yang mama cakap tadi,” tuturku lembut. Takut mama berkecil hati pula tetapi mama hanya tersenyum manis seperti biasa.

            “Auntie Julia dengan mama nak jodohkan Iman dengan anak dia yang second last tu,” ucap mama. 

Aku sangat terkejut!

            “Mama, nanti apa pulak keluarga Auntie Julia cakap? Iman ni dahla bekas tunang orang. Lepas tu, anak dia pulak yang jadi pengganti Naim,’’ ujarku.

            ‘’Auntie Julia tahu cerita yang sebenar, family dia pun tahu. Iman janganlah fikir banyak sangat,”

            “Nanti tak pasal-pasal family Auntie Julia yang dapat malu disebabkan Iman,”

            “Iman, janganlah fikir macam tu! Dah jodoh Iman dengan Naim tak panjang. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan semuanya,”

            “Anak Auntie Julia mesti tak setuju,”

            “Anak dia setuju. Auntie Julia baru je bagitahu mama pagi tadi. Lagipun Auntie Julia memang nak kahwinkan anak dia yang tu. Dah dekat 20 tahun tak balik Malaysia. Kalau dibiarkan, takut kahwin dengan orang sana pulak,’’

Aku senyap. Otakku yang sedari tadi asyik berfikir sudah tidak mahu menjalankan tugasnya sekarang. Berserabut rasanya.

            “Iman ikut aja cakap mama. Mama yang tahu apa yang terbaik untuk Iman. Selebihnya, Iman hanya mampu berdoa,” tuturku lemah.

Aku sudah penat berfikir terlalu banyak. Biarlah mama dan papa yang membuat keputusan yang terbaik dan aku hanya perlu mengikut. Mereka juga, tentunya terlalu banyak berfikir dan risaukan tentang diriku.

            “Mama akan cuba pastikan yang terbaik untuk anak mama ni. Iman kena kuat okey? Jangan putus asa dengan Allah ” balas mama dan tubuhku dipeluk erat. Kami saling berpelukan dan sama-sama menangis di atas permaidani tebal di ruang tamu.





Bab 3

           
            “Kak Iman, tadi Datin Aida call. Dia kata dia dengan anak dia nak datang sini dalam pukul 11 pagi. Nak datang untuk ukuran baju,”beritahu Maya sebaik sahaja aku sampai di butik awal pagi itu.

            “Oh, anak datin vogue tu nak kahwin tak lama lagi ya?” soalku membuatkan Maya tersenyum lebar.

            “Yalah tu,kak. Takkan datin tu pulak yang nak kahwin kan,”balas Maya bersahaja.

Semua orang di dalam butik ini sangat faham dengan Datin Aida yang sangat banyak karenah. Walaupun dia begitu, setiap kali jika anak kawan-kawannya mahu melangsungkan perkahwinan, pasti dia akan membawa mereka ke butik milikku.

Selesai sahaja berurusan dengan Datin Aida dan anak perempuan tunggalnya sekitar jam 11 pagi, aku dikejutkan dengan kedatangan Auni. Keadaan di dalam butik riuh seketika.

            “Kau ni, pantang aku seru je dah muncul depan mata. Kau guna ilmu apa ek ?’’ usikku selepas kami saling berpelukan.

            “Aku tak boleh tidur malam tau tak. Setiap malam dengar kau seru nama aku,’’ balas Auni dan kami sama-sama ketawa.

Selepas tamat pengajian ijazah sarjana muda di Cardiff dua tahun lepas, Auni menerima tawaran bekerja di Singapura sebagai akauntan di salah sebuah syarikat swasta. Geng ‘bas sekolah Cardiff’ kami sudah tidak lengkap lagi kerana kekurangan seorang ahli. Tinggallah aku, Firas dan Hafiy di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor ini.

            “Last week Firas ada datang sini. Lepas ni aku nak seru nama Hafiy pulakla. Mana tau esok dia pulak muncul depan mata aku,’’ gurauku dan Auni hanya ketawa.

            “By the way, bila kau sampai sini? Malam tadi time phone call tu kau tak ada cakap apa-apa pun?” soalku lagi.

            “Sampai KL awal pagi tadi. Mana boleh bagitahu dalam phone, tak bestla babe!” jawab Auni berserta sengihan.

            “Kau tengah cutilah ni?”

            “Taklah, aku ponteng! Dah kau non-stop seru nama aku,”

Kami masing-masing ketawa. Maya dan Nina yang sedang menyusun contoh hantaran di atas rak turut tersenyum memandang kami berdua.

            “Actually aku dah resign dari Singaporean company tu. Tak tahan, weyh! Asyik kena perah macam span. Aku rasa Spongebob pun boleh cabut lari,” terang Auni.

            “Lah, ya ke? Kata gaji masyuk!” usikku.

            “Memanglah tapi tak tahan part pressure kerja tu. Almost every day balik lambat,”

            “Then lepas ni kau nak cari kerja kat sini la?”

            ‘’Begitulah nampaknya. Monday ni aku ada interview dengan Telekom. Kalau ada rezeki, dapatlah,”

            “Insya-Allah, dapat punya tu,”

Suasana senyap seketika sementara Auni asyik membelek katalog baju-baju pengantin.

            ‘’Now, back to your story. Dengar cerita through phone tak puaslah. Cuba kau story mory lagi sekali? Nak yang detail punya,”tutur Auni.

            “Kau nak short-version or nak hikayat 1001 malam punya version?”soalku dalam gurauan.

            “Aku nak hikayat 2001 malam punya version. Cepatlah cerita,’’ jawab Auni.

Aku mula membuka cerita, bermula dari drama Naim memutuskan talian pertunangan sehinggalah cerita berkenaan mama dan Auntie Julia mahu mengahwinkan aku dengan anak Auntie Julia.

            ‘’Kau kenal ke anak Auntie Julia tu ?’’ soal Auni.

            “Tak kenal. Auntie Julia tu pun aku tengah confuse kawan mama aku yang mana satu. Yalah, time kecik-kecik dulu adalah mama aku bawak jumpa kawan-kawan dia. Bila dah masuk sekolah menengah, aku dah tak ikut dah,”jawabku jujur.

            “Lah, aku ingat kau kenal anak Auntie Julia tu,”

            “Auntie Julia pun aku ingat-ingat lupa, inikan pulak anak dia,”

Auni terus ketawa senang sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

            “Dah tu, kau setujulah dengan idea mama kau yang nak kahwinkan kau dengan anak Auntie Julia tu?”

Aku angguk.

            “Eh, kau ni! Biar betul sikit! Kau tak kenal mamat tu. Tak tahu perangai dia macam mana. And you said he’s been living in UK for 20 years. Kita pun memang sedia arif keadaan dekat UK tu macam mana kan?”

Aku angguk lagi.

            “Weyh, kau ni dah jadi geng Woody the Woodpecker ke? Terangguk-angguk dari tadi,”

Aku tersengih pula.

            “Dah benda yang betul, aku angguk jelah. Auni Humaira, mama aku kenal betul dengan Auntie Julia tu, dari zaman uni lagi. Kata mama aku, anak-anak Auntie Julia tu semua baik-baik. Insya-Allah yang dekat UK tu pun baik jugak. Lagipun, sekarang ni aku memang dah redha. Aku ikut je apa yang parents aku rasa itu yang terbaik untuk aku. Lagipun wedding yang dirancang tu tiga minggu dari sekarang,’’ terangku panjang lebar.

            ‘’Kau jangan risaulah. Insya-Allah aku okey, masih boleh terus bernafas di atas bumi Allah ni,’’ tambahku sambil tersenyum.

            ‘’Mananya aku tak risau ? Kau putus tunang sebab mangkuk maggi tu punya pasal. Tarikh kahwin dah dekat pulak tu. And now, kau nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal pulak,’’ balas Auni lembut.

            ‘’Hah, tak pun kau yang ganti tempat aku nak ? Bolehla kau cepat-cepat naik pelamin dengan Hazim. Hari tu aku offer dekat Firas, tapi dia tak nak,’’ balasku.

            ‘’Gila kau ! Kau ingat benda kahwin ni benda senang macam main masak-masak ke ? Aku lambat lagilah,’’ jawab Auni.

            ‘’Tak nak sudah. Aku nak offer dekat Hafiy pulak. Korang jangan menyesal pulak nanti,” jawabku.

            “Kau ni, ingat kau punya offer tu macam offer makanan ek? Tak nak makan boleh pass dekat orang lain?” usik Auni dan bahuku ditepuk.

            “Yalah,yalah. Tak nak sudah. Aku nak belanja kau lunch ni. Kau nak tak ?’’

            ‘’Lunch mestilah nak ! Seoul Garden jom. Aku mengidam nak makan buffet tu dari kat Singapore lagi,”

            ‘’Alright. Tunggu jap, aku nak pesan something dekat Maya. Then kita gerak,”

Auni mengangguk sambil menyambung menyelak katalog yang tersedia di atas meja kaca itu.



********************


Selesai sahaja perjumpaan dengan pembekal stok barang-barang hantaran tengah hari tadi, aku memandu pulang ke butik. Cuaca panas terik yang membahang membuatkan penghawa dingin di dalam butik tidak terasa begitu sejuk. Aku sempat melemparkan senyuman kepada sepasang pasangan yang datang bersama-sama dengan ibu mereka. Pasangan tersebut sedang melihat pakej perkahwinan yang ditawarkan sambil dibantu oleh Joey yang sememangnya peramah.

            “Kak Iman, tadi ada sorang lelaki cari akak,” beritahu Maya.

            “Lelaki? Naim ke?” soalku, agak terkejut. Kalau Naim yang datang, memang dia sengaja nak cari gaduh dengan aku. Lepas ni aku patut sediakan tiang gol untuk mamat tu.

            “Bukan. Mat salih,kak,” jawab Maya sambil tersengih.

            “Mat salih? Mat salih mana pulak ni? Memang mat salih atau nama dia Salih ?’’ usikku.

            ‘’Apalah akak ni. Mat salihla,’’ jawab Maya sambil tergelak-gelak.

            ‘’Nama dia apa ?’’ soalku, terfikir mungkin ada rakan sekelas dari Cardiff yang datang melancong ke Malaysia dan datang ke butik ini untuk mencariku.

            ‘’Dia tak tinggalkan nama walaupun saya ada mintak tadi. Dia kata nanti dia datang balik,”

            “Bukan customer kan?”

            “Bukan,”

            “Takpelah, Maya. Thanks sebab bagitahu. Mungkin sekejap lagi dia datang sini balik,”

Maya tersenyum dan mahu berlalu untuk menyambung kerjanya yang tertangguh.

            “Kak Iman, lupa pulak nak bagitahu,” tiba-tiba Maya berhenti melangkah.

            “Beritahu apa?”

            “Mat salih tu hot kot!” Maya sudah tersengih lebar.

            ‘’Isy awak ni ! Pergi sambung kerja,’’ Maya berlalu berserta tawa yang masih bersisa.



            Jam dinding sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Suasana di dalam butik agak lengang. Aku menyusun fail-fail yang mengandungi dokumen penting butik di dalam kabinet dan dikunci rapi.

            “Kak Iman, ada orang cari akak,” beritahu Joey.

            “Kejap. Joey suruh dia duduk dulu,”balasku sebelum keluar dari ruang pejabat yang bersaiz sederhana besar itu.

Aku ke ruang hadapan kedai yang menempatkan meja kaca dan beberapa buah sofa empuk yang berwarna-warni. Kelihatan seorang lelaki duduk di salah sebuah sofa sambil menyelak majalah. Rambutnya yang agak keperangan meyakinkan aku bahawa mungkin ini mat salih yang mencariku tengah hari tadi. Siapa agaknya? Dia duduk membelakangi tempatku sedang berdiri membuatkan aku tidak dapat melihat wajahnya.

            “Iman Amani?” soal mat salih yang kini duduk berhadapanku.

            ‘’Yes. And you are ?’’ soalku pula. Ni mat salih dari mana pulak ni? Rasanya aku tak kenal.

            “Ian Hadif,” jawabnya. Anak mata yang berwarna kelabu cair itu merenungku tajam. Kenapa nama mat salih ni ada campur nama Melayu pulak? Ke telinga aku ni yang salah dengar ?

            “May I help you Mr Ian?” soalku apabila suasana agak kaku dan senyap.

            “Yes, a lot! You must be wondering who am I, right?” soal Ian. Aku hanya mengangguk. Slang British lelaki ini agak pekat jugak.

            “I’m Mrs Julia’s son. The one who’ll be or who’ll not be your replacement husband,”
Jantungku terasa seperti berhenti berdegup. Erk, bila masa pulak Auntie Julia ada anak mat salih ni ? Aku terkebil-kebil seperti cicak tertelan skru di situ. Apa yang berlaku ni ?




p/s: Sebenarnya dah lama nak upload bab 1- bab 3 dekat blog ni walaupun available dekat p2u :) 


No comments:

Post a Comment